background blog ni !!!!!!

Rabu, 5 Disember 2012

Hijauan Gemilang..


Pejam celik, pejam celik, semalam dah 3 tahun usia perkahwinanku bersama Mohd Farhan. Usia anak kami pon dah 8 bulan. Harap-harap Faris tak buat perangai dekat restoran lah ya. Jadi, aku tergedik-gedik lah rancang malam tadi nak makan dekat Old Village. Sampai ja depan Old Village.... Jeng...jeng...jeng.........kecewanya akuuuuuu... T...U....T...U...P... pula. Adoi nak makan dekat mana pula... Aduuhhhh....

Otak dok ligat dah pikiaq. Dekat mana nak makan ni???? Restoran Mama??? Selalu sangat dah pi Restoran Mama. 

Teringat satu restoran dekat Jalan Langgar. Seingat aku, masa Deepavali tahun sudah, aku ada makan dengan suami dekat restoran dekat jalan tu . Tak tahu pula restoran tu nama apa.... Dah 2 kali kami patah balik, malangnya tak jumpa juga ciri-ciri restoran tu.Suami aku kata agaknya hari tu kita makan dekat alam bunian kot. Ada ka pula macam tu kan?.

Aku pun dah malas pikiaq, nanti lewat pula makan. Jadi aku memberi cadangan terakhir. "Kita masuk jalan Hutan Kampung, tengoklah restoran apa pon kita belasah ja lah". Ayat kecewa.. Akhirnya sampailah kami di Restoran Hijauan Gemilang. Sempat lah ambil 2...3...keping gambar.


Senyumlah Faris. oiiii... x mau pula...

Budak Faris main kotak tisu pula...

Suami aku, termenung apa agaknya ya????

air kopi ais untuk Pakcik Paan & teh O ais untuk Makcik Mun

air suam, untuk mak. Ini ja yang dia nak order... 

mee bandung untuk mak

nasi goreng hijauan gemilang untuk Makcik Mun

nasi goreng thai untuk Pakcik Paan


Selesai makan malam kami di Restoran Hijauan Gemilang.. Tutuplah cerita. balik tidur zzzzzz.....












2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...