background blog ni !!!!!!

Khamis, 20 Jun 2013

Basikal Baru


Ambil ja Faris dari nursery, terus bawa Faris cari basikal. Nampaknya kami berdua ja pergi shopping. Ayah tak ikut, huhuhu... outstation lagi. 

Berdua.. berdualah ya, Faris. Hmm... Agaknya basikal apa pilihan Faris ni ????


Giant destinasi kami. Faris dok elok2 ya dalam troli...






Banyak juga pilihan dekat Giant ni.. Tapi nak pilih pon biarlah sesuai dengan ketinggian dia juga kan??? 






Faris dok tengah pilih tu...







 Akhirnya, basikal merah ini kita bawa balik...

 




Faris dah naik basikal, tapi tak tahu nak mengayuh lagi. Tak pa, belajar pelan-pelan ya nak ...








Berkemain syok lagi Faris dan sepupu-sepupunya (Along dan Angah) main sama-sama :-)












Isnin, 17 Jun 2013

Laksa Hutan Kampung



Dapatkan Laksa Hutan Kampung PERCUMA !!!!  


Tu dia promote sungguh. Sat gi pakat pi serbu Restoran Laksa Hutan Kampung pula.HAHAHA...

Percuma lah sebab Mustakim budak ofis aku buat jamuan perpisahan sempena pemergiannya ke Sarawak. Orangnya tak ada dah dekat ofis aku. Huhuhu.. Sedihlah tak sempat jumpa dia.



Bahan-bahan laksa dah tersedia...


 



Kami pon geng perempuan bertungkus lumus lah memotong apa yang patut.


 





Sudah siap terhidang. Tunggu nak makan ja lagi.





Aku dan Azia pon apa lagi, serbu la...



Inilah rupa laksa hutan kampung. Sesiapa yang ingin mencuba laksa hutang kampung pergilah cari laksa ini cepat. Tak rugi, boleh tahan juga lah rasanya. Kalau tak salah aku laksa hutang kampung ni dijual dengan harga RM8 sekilo.



Terima kasih banyak-banyak Mustakim :-)


Ahad, 16 Jun 2013

Tudung bawal kangaroo



Cantik sungguh colour tudung bawal kangaroo. Macam-macam colour ada. Rambang mata dok tengok dalam internet.

Akhirnya....

ianya menjadi milikku jua...HAHAHAHA...



Yang ni aku tak beli online ya. Adik ofis aku tolong belikan. Mujur dia pi KL . 

Masalah aku sekarang... Ada baju ka yang nak pakai dengan tudung ni? huuu...






Rabu, 5 Jun 2013

Demam Campak




Lebih kurang 4 minggu yang lalu, anakku Faris terkena demam campak. Mandi ja menjerit-jerit. Kenapa sampai menjerit? Sejuk ka? Sakit ka? Asyik merengek ya Faris. Kini aku sendiri yang mengalaminya setelah 2 minggu Faris lega dari demam campak. Lenguh-lenguh badan membuatkan aku sukar bergerak laju seperti keadaan biasa membuatkan aku rimas tidak dapat menjalankan tugasan seharian seperti memasak, membasuh baju apatah lagi menjaga anakku Faris.

Inilah rupaku terkena campak.


Betapa malunya aku biji-biji besar, kecil tumbuh di seluruh tubuhku. Tuhan ja ya tahu perasaan aku. Sudahlah buruk rupaku, ditambah pula kesakitan campak yang pedih,panas, kulit bagai disiat-siat. Dalam mulutku juga ada campak. Sehinggakan aku tak sanggup minum air makan pedas jauh sekali. Aku sedar semua ini dugaan Allah S.W.T buatku. 



Ada orang kata demam campak ni ambil ubat kampung ja. Masa Faris kena campak hari tu, ada orang bagi tahu aku Klinik Haji Ayaz ni juga bagus campak. Aku sekali lagi mengunjungi Klinik Haji Ayaz. Klinik ni memang terkenal merawat demam campak di Alor Setar. Majoriti pesakit yang datang ke klinik ni adalah pesakit demam campak. Ni lah ubat yang aku dapat yang berharaga RM72 selama 6 hari ja. Ada cream sapu juga tapi lupa nak tangkap gambar. Doktor Haji Ayaz bagi cuti sakit dekat aku selama 10 hari termasuk jumaat sabtu.Pantang larang rawatan Doktor Haji Ayaz jangan mandi (hanya boleh lap badan) dan jangan minum air ais.  




2 hari aku mampu lap ja badan ku, tapi lepas tu aku dah langgar pantang larang. Aku mandi juga tapi mandi tak bersabun la. Itu pun mandi syarat ja. Akhirnya terjawab juga pertanyaanku kenapa bila ja mandi, anakku Faris pasti menjerit bersungguh-sungguh. Rupanya demam campak ni pedih kalau ada biji-biji dia dah pecah sama ada kita sedari atau tidak semasa menggaru tu. Aku ada beli satu produk Amway masa Faris kena campak hari tu. Mujur ada lagi lebihan. Allano (hand and body lotion) dipercayai dapat merawat campak disamping mengurangkan parut akibat campak. Harganya RM35. 




Alhamdulillah, dengan adanya Allano ni aku tak pedih pon mandi walau pun ada biji campak yang pecah.Malah dapat membantu aku tidur. Bila sakit ja, aku jaga, aku sapu.



Cara penggunaan Allano ni kena goncang lama-lama baru spray. Inilah rupa Allano.


Hari ini adalah hari terakhir cuti sakitku. Alhamdulillah luka campak dah meninggalkan parut berwarna kelabu di mukaku. Tapi ditubuhku ada lagi luka campak yang masih berkuping. Luka ni dalam. Mujurlah campak naik dulu dekat muka, kalau x??hmmm :(  Walau bagaimana pun, aku tetap bersyukur, rasa sakit campak dah tak ada. 

Tapi macam mana nak hilangkan parut di muka ku? Malu dah ni. Mujur esok cuti umum ditambah pula cuti Jumaat dan Sabtu. Masih ada 3 hari lagi. Aku percaya parut diwajahku tak mungkin hilang dengan cepat. Keyakinan diriku sudah hilang. Malu nak berdepan dengan kawan-kawan dan orang sekeliling. Ya Allah bagilah kekuatan untukku menghadapi semua ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...