background blog ni !!!!!!

Rabu, 20 Februari 2013

KEDA Resort Bendang Man


Family Day warga Teliti Computers Sdn Bhd cawangan Hospital Sultanah Bahiyah telah diadakan di KEDA Resort Bendang Man pada 16 Februari 2013. Kami dibenarkan membawa anak, suami, isteri, mak, ayah, adik beradik sepupu sepapat dan sebagainya... 

Kami singgah di kawasan rehat Gurun seketika kerana menunggu Azia...



Ini lah aku sibuk menelefon si Azia.. Patutlah lambat, ada kemalangan. 




 
Ni ada ciri-ciri bapa mithali ni, betul x Ali??






 
Inilah wajah - wajah yang menunggu Azia.  



 


 Setelah sesat masuk Kampung Bendang Man, yang disangka Bendang Man, akhirnya kami sampai ke destinasi sebenar :-) 




Sampainya kami di sana, aku mengambil kesempatan bergambar dengan anakku Faris Zafri.. 







 Inilah geng perempuan cuba nyalakan api. Agak-agaknya berjayakah geng perempuan???









 Paan pun turut membantu menyalakan api.....





 
Beasap, berapi.. Haish.. sakan depa no..
Bila nak masak ni???? Tengok semangat lagi Bahar dan Adi mengipas api. Kalau depa ni kipas pengantin,hmmm... tak taulah macam mana jadinya... 








Amboi sibuk sungguh Ina, Azia dan Najwa. Sambil buat air asam, sambil bergosip no??? ish.. ish...ish.. HAHAHA







 Sementara menunggu ayam masak, kami yang lain ke padang. Ada sukaneka. Tengok adik Amatin kita yang pakai tudung kuning tu memberi arahan kepada peserta.. Agaknya ini dialognya :"Peserta diminta duduk di garisan putih!!!".







Acara telah bermula. Ini group aku... Acara balingan kasih sayang namanya...  








Dengan penuh kasih sayang juga, aku kebasahan... tapi tak apa, untuk acara ni group aku menang :-) 





Ini pula acara kedua. Tuju Tin.. Haha.. zaman aku kanak-kanak dulu tak pernah main pon. Dah jadi mak budak baru nak main. Asma kita yang kecik molek tu bersemangat sungguh susun tin.. Kecil-kecil dulu mesti dia dok rajin main tuju tin ni pa..hahaha....

Adoyai... penat sungguh. Permainan tak sempat habis kerana semua peserta dah penat...








 Main air dulu sementara menunggu ayam masak....






Apa tu yang Paan tunjuk?? Mesti dia kata "bahagian kepak ayam tu aku cuppp". Almaklumlah itu kan favourite dia :-) En. Hakim dengan Kak Tasnim sembang apa pula tu??? Ni mesti depa pon dok cupp bahagian ayam masing2 ni...







enak enak gitu...





 dah hidang dahhhhh... jom makannnnnnnn!!!!







Bila aku dan Nini sibuk makan ayam, Faris buat apa ni????





Kami sekeluarga bergambar







senyum...sengeh... cepat!!!! pakat-pakat senyum walaupun masing-masing dah letih sangat dah....









Inilah gambar kenangan rakan-rakan ofisku di KEDA Resort Bendang Man. Ada yang terpaksa balik awal, masing-masing ada urusan.

 Terima kasih juga kepada Borhan kerana sudi hadir walaupun dalam keadaan terinjut-injut(kaki terseliuh) akibat kemalangan. Sayang tak sempat ambil gambar dia. Harap ofis aku dapat lagi buat aktiviti macam ni lagi.. Seronok sangat :-)

Rabu, 6 Februari 2013

TESCO


Kalau jalan-jalan dekat shopping complex memang hobi aku dan suami tercinta. Tak beli barang pon tak pa, asal dapat menjamu mata. Letak ja Faris atas troli, tersengguk-sengguk tidur anak aku ni. Sian dia. Mai mama dukung mai sayang, mai... 



  Terus tidur, sian dia. Letih sangat melayan mama dan ayah menjamu mata ya nak...


 Mama meneruskan keinginan Mama dekat Tesco Mergong. Letih la dukung budak kecik Faris ni. Ada kerusi urut. Tumpang duduk kejap ya kerusi. Rasa macam mana agaknya kalau diurut dengan kerusi ni????


Ayah pon masukkan RM1 untuk perkhidmatannya selama 3 minit. ooopss... sedapnya aih kena urut dengan kerusi ni. Anak aku  nilah. Dia boleh tak jaga dari tidur.. ish..ish..ish..




Lalu depan kedai kasut XES, cantik-cantik kasut kat sini.. ada sale pula aih. Jom kita masuk.. Cuba itu, cuba ini , haish.. semua berkenan aih... akhirnya tak beli apa pon dekat sini



Anakku begitu mengantuk nampaknya.... tq kerusi dekat kedai XES, sebab tumpangkan Faris baring :-) 




Isnin, 4 Februari 2013

makan tengah hari

Lunch???

Adoyai perut dah lapar ni. Nak makan ni.... Lapar!!! Lapar!!! Lapar!!!!. Begitu agaknya la perut aku menjerit kot...

Sorang sorang bawa keluar makanan. Start dengan jiran kananku, Betty buat milo. Pastu Bobo buat air... aku ja x dak minuman..huhuhu... 

Tiba-tiba ada orang pelawa air chocolate.. Buat tersipu-sipu malu pula aku ni.. Tapi aku ni jenis tak berapa tahu malu cikit... kecil tapak tangan,nyiru aku tadahkan :-) Thanks, Bobo...



Ni dia air chocolate keluaran Dutch Lady. Sedap sungguh air ni. Siapa tak rasa, memang rugilah..




 
Ni biskut Betty. Corn crackers yang begitu enak keluaran Giant. Hidangan yang enak dicicah dengan air chocolate.



Ni baru makanan aku. Jemput makan semua. Keropok Sira cap 2 e-kan keluaran Rubiah Mohd Adib. Sedap sangat. 

Selamat menjamu selera dan jemput makan semua :-)







Aku anak kampung


Suatu petang, kami bertiga naik motor. Ronda-ronda keliling kampung menikmati keindahan ciptaan Tuhan.


Tengok muka Faris. Berkemain syok lagi dia naik motor.  Tadi masa naik motor, siap bunyi ikut enjin motor lagi, budak kecik ni.


 
Ada sampan. Sampan siapa agaknya???



Faris dan ayah di tepi bendang / sawah padi....


Suasana petang.


Matahari hampir terbenam. Cantik sangat pemandangan tu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...