background blog ni !!!!!!

Rabu, 9 Ogos 2017

Gulai Ikan Tenggiri Kering

Gulai Ikan Tenggiri Kering

 

Gulai ikan tenggiri  ni sedap makan nasi panas atau pun cicah roti.

Mula-mula kena buat gulai dulu.

Bahan-bahan untuk dikisar
1 ulas bawang besar
7 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk cili
1 paket rempah kari ikan

Bahan untuk menumis 
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
herba campur
daun kari

santan 1 paket
ikan tenggiri 4 ketul
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa

Cara-cara 
1. Tumis bahan menumis.
2. Masukkan bahan kisar.
3. Bila dah naik minyak, masukkan santan sampai mendidih.
4. Masukkan ikan 


Bila gulai dah masak, alihkan ke kuali supaya cepat kering.
1. Keringkan gulai, tambah 2 sudu besar gula.
2. Apabila hampir kering, potong cabai kering nipis-nipis masukkan ke dalam gulai kering tadi. Goreng sampai gulai sampai kering




Selasa, 8 Ogos 2017

Anakku sudah 5 tahun

Faris dah 5 tahun



Dah lama tak menulis blog, Faris yang kecil dah besar dah. Anak mama ni suka sangat kartun yang lawan2. Ultraman, tobot, boboiboy, spiderman semua dia suka.




Mama pula kaki melayan beli mainan yang dia suka. Mak Tok dan ayah selalu tegur cara mama didik anak. Mungkin anak seorang saja, mama dapat melayan. Mama akan cuba mengubah cara didikkan mama terhadap anak mama. Mama akan cuba tidak menunaikan permintaan dia membeli mainan. Bukan senang menjadi seorang ibu dalam mendidik anak. Inilah cabaran. Cabaran menjadi ibu untuk menjadikan anaknya menjadi anak yang soleh juga bukan semudah memetik jari. Mama sendiri juga perlu berubah menjadi muslimah yang sebenar. HAA... tu dia dalam maksudnya. Doakan mama berubah supaya dapat menjadi penghuni syurga dan mama juga mendoakan anda yang membaca coretan mama ini juga sama-sama menjadi penghuni syurga. Amin ya rabbala'lamin.












Setelah sekian lama

Setelah sekian lama tidak menulis blog, rasa kekok yang amat. Jangan kata nak menulis, nak edit gambar pon kekok. Photoshop pon dah lama tak guna. Banyak benda mama dah lupa.



Ini hasil gambar mama mampu edit guna photoshop setelah sekian lama. Allah dah tarik balik ilmu photoshop yang mama tahu dulu. Ilmu tanpa amal akan membuat ianya tidak kekal. Apa pon mama bersyukur Allah masih memberi sedikit ingatan tentang ilmu photoshop kepada mama. Inilah hasilnya kasih sayang Allah kepada mama. Mama janji pada diri mama untuk mengasah bakat balik menggunakan photoshop.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...