background blog ni !!!!!!

Isnin, 6 Mei 2013

PRU 13

Detik 5 Mei 2013, sudah pun berlalu. Sebagai rakyat Malaysia, inilah kali pertama yang sepatutnya kali kedua aku mengundi. Masa tahun 2008, bukan aku sengaja tidak menjalankan tanggung jawab aku sebagai rakyat Malaysia, tapi ketika itu keadaan tidak mengizinkan. Tiada sesiapa pon menaja tiket penerbangan untuk aku terbang balik dari Sabah ke Kedah. huhuhu...

Sejak berminggu-minggu lamanya aku memikirkan siapa harus aku undi. Tapi pada tanggal 5 Mei 2013 aku tidak boleh ragu-ragu lagi. Aku harus pilih siapa pilihan hatiku. Pagi-pagi dah bersiap. Aku bagi tau suami aku, kita naik motor sambil melihat suasana pilihan raya. Banyak bendera di tepi jalan. Begitu kreatif rakyat Malaysia. Dekat tempat aku, parti Pas hiasi helikopter ciptaan mereka dengan bendera Pas. Manakala Barisan Nasional(BN) menghiasi kereta kebal siap ada orang lagi dalamnya dengan bendera BN. Tak sempat ambil gambar. Memang cantiklah.

Isi minyak motor dulu dan angin tayar motor. Shell tetap menjadi pujaan hatiku.



 Di mana lokasi mengundi ni????
 
 
Di Sekolah Kebangsaan Alor Melintang lah tempat aku mengundi.


 

Sebelum mengundi inilah destinasi yang perlu aku singgah. 

Kenapa???
Ups.. kena datang sini dulu. Buat semakan dululah Makcik Mun oiii.


Jumpa dengan Kak Yang aku dekat sini. Kami bergambar sambil beratur bersama. Ramai sungguh orang, panas sangat cuaca. 
 


Alhamdulillah, urusan dah selesai. Buktinya....
 



Khamis, 2 Mei 2013

Mama?? siapa???


Tajuk ni peliknya... hahaha... Restoran Mama.. Ada apa yang best???? Ehmmmm...


Nak cerita hari ni dapat merasa lagi laksa sedap dekat restoran Mama Adunan Enterpriese lagi. Nyum...nyum...Restoran ni biasa ja. Yang tak syok pon meja sikit dan keluasan restoran ni agak terhad. Terpaksa berkongsi meja dengan pelanggan lain. Nak berbual sambil makan yang tak syok pon. Tak kisah lah benda remeh ja. Abaikan... Asalkan dapat makan laksa yang tiada tandingannya... 

Lokasi??? Dekat pekan Alor Setar berdekatan dengan "Star Walk". Cari betul-betul... Insyaallah senang nampak restoran ni....





Nilah rupa laksa yang enak tiada tandingan. Susah nak cari laksa sesedap ini. Rupa memang nampak sama dengan laksa yang lain, tapi rasanya belum tentu sama:-)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...