background blog ni !!!!!!

Jumaat, 30 November 2012

Aduhai Domino...

Hari ini hari Jumaat. Orang Kedah cuti lah ya. Biasalah dah cuti ni, banyak lah masa bersama keluarga. Kelihatan suami Makcik Mun pada pagi ni membelek-belek kupon Domino's Pizza ja. Kenapa agaknya???? Jadi, Makcik Mun pun bertanyalah kepada dia. "Kenapa abang? Nak beli ka?" Lalu dia pun menjawab, "tengahari ni kita makan pizza la". Wow, idea yang menarik. Lagi pun Domino's Pizza ni, baru buka sangat dekat Alor Setar. Tambah pula Makcik Mun ni memang lah tak berapa rajin sangat masak memasak ni. So, bersiap lah kami untuk pergi ke salah sebuah Domino's Pizza di Alor Setar. 

Setibanya kami di sana, kami menggunakan kupon tersebut untuk mengorder. Sambil menunggu, kenalah layan kerenah anak kami si Faris ni... 




Siap sudah, boleh bawa balik... ambil gambar dulu sebelum makan... apa yang ada dalam set ni? 1 pizza, 1 cinnastix & 1 garlic cheese onion ring.  Jom makan!!!!!



Makcik Mun pun cubalah garlic cheese onion ring, nampak lazat... 

 
Uhhh.. tidakkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!  banyaknya bawang. huh.... bagi Makcik Mun yang sedap "garlic cheese onion ring" ni, kulitnya. Memang ranggup. Makcik Mun tak sanggup makan lagi. Biar suami Makcik Mun yang habiskan. Lagi pun dia memang suka makan bawang.Kalau masakan Makcik Mun ada bawang, itulah yang buat dia selera. Jadi, biarlah dia yang habiskan. 


Makcik Mun cuba pula "cinnastix". Kecewa lagi. Ada gula pula di atas.. huh... X mau dah... Nak makan pizza ja lah... 


Kami beli yang jenis "Aloha Chicken". Sedap sangat... Buat Makcik Mun teringin lagi nak makan.... Nanti kalau ke Domino's Pizza, ini ja yang Makcik Mun nak beli. Lain orang lain citarasa. Jadi jangan terpengaruhlah dengan pandangan Makcik Mun ya. 

Perut Makcik Mun terasa lapar kembali setelah 1 jam berlalu. Mana taknya. Saiz pizza yang kami beli tu, yang biasa punya. Tak kenyang. Nak juga makan NASI!!!! Nasi oh nasi.... datanglah cepat... Makcik Mun nak makan... Manalah dia reti mai sendiri... Huuu.... Kau kena rajin masak Makcik Mun... Mengalahlah Makcik Mun dengan kemalasan. Masaklah nasi putih dengan daging masak kunyit.

Alhamdulillah... kenyang. Terima kasih ya Allah kerana memberi rezeki untuk ku... 


Khamis, 29 November 2012

Uit... selera aih

Saja nak kongsi salah satu makanan kegemaran Makcik Mun . Biasalah usia pun dah meningkat, Makcik Mun sekarang suka makanan selera orang tua-tua lah ya... Haaa... cuba teka hidangan apakah ini????



UBI KAYU REBUS + KELAPA PARUT....!!!!!!!

Makcik Mun sendiri pun tak tahu kenapa suka sangat makan ubi kayu bersama kelapa parut. Dekat Kafeteria Hospital Sultanah Bahiyah kerap juga jual makanan ni. Tempat lain jarang jumpa jual makanan macam ni. Menurut sumber blog "Masam Manis" yang Makcik Mun baca,ubi kayu mempunyai beberapa khasiat. Antaranya:


  • Ubi kayu merupakan sumber karbohidarat ketiga terbesar di dunia.
  • Ubi kayu juga mempunyai kandungan mineral seperti:
    - kalsium
    - serat diet
    - besi
    - manganese
    - fosforus
    - potasium
    - vitamin B6
    - vitamin C. 

Orang kata, belum cuba belum tau. So, sesiapa yang belum pernah cuba lagi makanan ni... silalah cuba ya... SEDAP TAU!!!!

Rabu, 28 November 2012

Bubur.... Cerelac


Sedar tak sedar anakku Mohammad Faris Zafri dah pun mencecah 8 bulan. Sejak dia berumur 6 bulan lagi Makcik Mun dah perkenalkan  makanan solid untuk anak kesayangan Makcik Mun... Seperti biasa, Makcik Mun akan bangun pada jam 4:50a.m untuk siapkan bekalan untuk Faris ke taska. Ni lah rupa bubur Faris.. 
 
Rupa bubur ni memang x menarik, tapi cuba rasa, hmmm... sedap tau.. kalau terlebih buat atau x habis bubur si budak kecil ni, Makcik Mun x risau sebab ada yang akan habiskan bubur dia ni. Nak tahu siapa??? jeng.. jeng..jeng... sepupu-sepupu dia lah Along, Angah & Kakak Muizah. Tapi kalau sepupu dia x ada, ayah si Faris ni lah yang akan habiskan. Resepi bubur Faris senang ja. Beras, carrot,kentang & ikan bilis. Bubur ni untuk hidangan tengahari Faris.

Untuk sarapan, mama Faris ni akan bekalkan Farley's Rusks. Sekeping ja, cukup untuk Faris bersarapan. 

 
Hmm.. dah bergelar mama ni kena rajinlah masak untuk anak. hmm.. kekadang tu bila penyakit malas melanda Makcik Mun, Cerelac lah yang membantu. Apa taknya, senang nak sediakan. Cuma campurkannya dengan air ja... mudah kan...


Apa yang Makcik Mun risaukan takut Faris jemu dengan hidangan yang sama hari-hari.Hmmmmmm..........

Selasa, 27 November 2012

SEGMEN BLOGLIST DISEMBER PAPA BLOGGER






Assalamualaikum blogger sekalian....

Jom join "SEGMEN BLOGLIST DISEMBER PAPA BLOGGER". Cara-caranya klik di sini .


Sempurna


 


Tengah lapaq dan tengah menunggu kawan Makcik Mun nak lunch sama2, tiba-tiba terdengar lagu "Sempurna" ni ke udara di radio. Sedap betul lagu ni... lama dah Makcik Mun x dengar lagu ni. Saja nak kongsi lirik lagu... haish jiwang sungguh Makcik Mun no...
 

Lagu: Sempurna – Michella Putri | OST Nada Cinta

kau begitu sempurna di mataku kau begitu indah
kau membuat diriku akan selalu memujamu
di setiap langkahku ku akan selalu memikirkan dirimu
tak bisa ku bayangkan hidupku tanpa cintamu

janganlah kau tinggalkan diriku
takkan mampu menghadapi semua
hanya bersamamu ku akan bisa

kau adalah darahku, kau adalah jantungku
kau adalah hidupku, lengkapi diriku
oh sayangku kau begitu sempurna
ooh sempurna oh sempurna
kau begitu sempurna (sempurna) oh sempurna

__________|||||___________


hmmm... sedap sungguh lagu tu... sempurna???? sebagai insan biasa, susah nak memiliki kesempurnaan... tapi x salah lagu tu membangkitkan rasa cinta kita pada pasangan masing2... Kalau ada nampak kekurangan pada pasangan kita, kitalah pelengkapnya...begitulah sebaliknya. kerana itu adalah jodoh kita yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. :-)

 

Isnin, 26 November 2012

Ladang Anggur Tasik Beris

Asyik dok dengar saudara mara bercerita pasal ladang anggur dekat Sik, Kedah... Makcik Mun teringin sangat nak pergi tengok buah anggur dekat sana... Akhirnya sampai juga Makcik Mun dan keluarga di Ladang Anggur Tasik Beris, Sik Kedah pada 24 November 2012. Sebagai orang Kedah, Makcik Mun berbangga jadi orang Kedah. Apa tidaknya Ladang Anggur Tasik Beris tu terbesar di Asia Tenggara. 
Sesampainya Makcik Mun & keluarga di ladang anggur tu, terus cari tempat menarik nak tangkap gambar...
Pilihlah nak ke kanan???? ke kiri???? Untuk beli tiket masuk ke ladang, perlu ke sebelah kiri. Harga tiket dewasa RM4 seorang. Syukurlah anak Makcik Mun masih kecil lagi, x dak dalam senarai harga tiket untuk bayi ya... 


Menuju terus Makcik Mun sekeluarga ke Sales Galery untuk beli tiket. Di sini juga ada jual cenderahati.


 
Gambaran dalaman ladang anggur.... ada tempat rehat... bolehlah bergambar... jangan petik buah sesuka hati ya!!!!ada cctv lagi...



Setelah penat jalan-jalan dalam ladang, kami pun buat keputusan untuk keluar dari ladang. Cuaca agak panas. Kami pun singgahlah di Beris Grape Vineyard. Memang sedaplah jus anggur... terbaiklah!!
Hmm... letihlah mengedit...mengupload gambar... esok pula la... InsyaAllah, esok Makcik Mun sambung lagi cerita ni ya :-) 






Ahad, 25 November 2012

Coretan Pertama

Dalam coretan pertama ni, Makcik Mun pun tak tahu nak taip apa.. Orang ada blog, Makcik Mun pon teringin juga nak ada blog. Dulu ada juga blog waktu belajar dekat UMS dulu, tu blog assignment... Suami  Makcik Mun pun dah lama ada blog, kalau nak tengok dia punya blog, silalah klik sini .  Nurbaiti kawan  Makcik Mun pun dah berjinak-jinak dengan blog. Jealous  Makcik Mun tengok dia.... huhuhu... Nak tengok blog  kawan Makcik Mun tuklik sini.


Ni lah Makcik Mun. HAHAHA... ni muda lagi.. la ni dah tua dah... Gambar tu diambil masa honeymoon dekat Sabah dulu. Bergambar dalam Tune Hotel.. Gambar dekat bawah ni, nak promote sikit Tune Hotels....hihi





Disebabkan ini coretan pertama, jadi Makcik Mun ingin mengucapkan salam kenalan :-)

  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...