Sedar
tak sedar anakku Mohammad Faris Zafri dah pun mencecah 8 bulan. Sejak dia berumur 6 bulan lagi Makcik Mun dah perkenalkan makanan solid untuk anak
kesayangan Makcik Mun... Seperti biasa, Makcik Mun akan bangun pada jam 4:50a.m untuk siapkan bekalan untuk Faris ke taska. Ni lah rupa bubur Faris..
Rupa bubur ni memang x menarik, tapi cuba rasa, hmmm... sedap tau.. kalau terlebih buat atau x habis bubur si budak kecil ni, Makcik Mun x risau sebab ada yang akan habiskan bubur dia ni. Nak tahu siapa??? jeng.. jeng..jeng... sepupu-sepupu dia lah Along, Angah & Kakak Muizah. Tapi kalau sepupu dia x ada, ayah si Faris ni lah yang akan habiskan. Resepi bubur Faris senang ja. Beras, carrot,kentang & ikan bilis. Bubur ni untuk hidangan tengahari Faris.
Untuk sarapan, mama Faris ni akan bekalkan Farley's Rusks. Sekeping ja, cukup untuk Faris bersarapan.
Hmm.. dah bergelar mama ni kena rajinlah masak untuk anak. hmm.. kekadang tu bila penyakit malas melanda Makcik Mun, Cerelac lah yang membantu. Apa taknya, senang nak sediakan. Cuma campurkannya dengan air ja... mudah kan...

Kakak pun dulu bagi anak kakak makan macam tu. Mun boleh tukar sayur dia. Macam bayam pun biasa baby suka. Ikan juga boleh cari yg banyak isi dan kurang hanyir. Bubuh sikit bawang putih/halia. Masa masak halia biarkan seketul, bila dah masak keluarkan.
BalasPadamTerima kasih ya kak, nanti Mun cuba :-)
Padamboleh pelbagaikan makanan bayi ikut masa ke semasa.
BalasPadamkena ubah menu hari2 bagi tak jemu.
goodluck yg makcikmun :)
Tu lah... makcik mun x berapa pandai sangat nak pelbagai menu... tambah pula faris tu kalau bagi pisang, tak mau langsung. x tahu menu apa lagi untuk sesuai untuk baby. Kalau mamyharraz ada menu2 menarik untuk baby, kongsilah sama :-)
Padamopss lupa nak ucap salam kenal dr mamyharraz :)
BalasPadamsalam kenalan juga
Padam