background blog ni !!!!!!

Selasa, 23 April 2013

Pekasam Kedah



Setelah sekian lama menunggu pekasam Bobo, akhirnya aku dapat merasa pekasam buatan mak Bobo. Ini set percubaan.






Bahan-bahan seperti bawang dan cili kering sedap apabila dimakan bersama perkasam. Apa lagi, sediakanlah bahan seperti di bawah.








Ambil 3 ekor dulu , jimat katanya....ni lah rupa ikan pekasam sebelum digoreng. 







 Sudah siap. Inilah rupa pekasam selepas digoreng. Huh.. sedap sunggup pekasam ni. Faris anak Kak Mun pun suka makan pekasam ni. Macam mama dia juga kan? :-)



Sesiapa yang ingin merasa pekasam mak Bobo ni, bolehlah tinggal komen dekat bawah ni untuk tempahan. 400gm = RM5 saja. Tak rugi, memang sedap.



Ahad, 14 April 2013

kuning kunyit...


Apakah pilihan anda untuk menggoreng ayam? Kunyit hidup ? atau kunyit yang ada di pasaran?

Bagi aku semestinya kunyit hidup. Sejak berkahwin inilah resepi mak mertuaku yang aku suka. Resepinya kunyit hidup campur halia campur garam sikit. Tumbuk bahan-bahan tersebut seperti gambar di bawah.











Kemudian, gaulkan bahan tadi dengan ayam. Beginilah rupanya...







Goreng ayam seperti biasa.






Bila dah masak, beginilah rupanya.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...