background blog ni !!!!!!

Rabu, 23 Januari 2013

vitamin c


Sebut pasal vitamin c, memang banyak betul di pasaran. Dok berfacebook dok cari mendalah ni.  Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Felinna pun ada, shaklee, pahang pharmacy... ada 500mg ada 1000mg.. Nak yang mana satu ni?????????? Kalau boleh nak yang murah..

Buntu dah nak pilih yang mana satu. Akhirnya aku singgah di Guardian, Pacific semalam. Belek - belek Vitamin C dekat sini pula aku ni. Haish... rambang mata lagi. Banyak sangat pilihan.. Huhuhu...dekat sini pun rambang mata. 


Akhirnya....




 --
-
-
-
-
-

Aku pilih yang ini...





Kenapa aku pilih yang ini????



Sebab..... harga berbaloilah dengan aku ni. 60 biji baru RM29.90. 1000mg, jadi aku makan sebiji ja sehari. 

Harap2 kulit aku yang tak berapa cantik ni, lebih cantik la nanti. HEHEHE... gedix betul aku ni.














Khamis, 3 Januari 2013

Honda Hybrid


Pagi ni aku lambat keluar rumah. Aduh pukul berapa nak sampai ofis ni?

Akhirnya dalam 7.35 pagi aku pon queue dekat traffic light nak gi ofis aku. Hanya mampu berdoa moga-moga warna hijau tu cepat. Yes... dah hijau


Adoyai...



Cissss!!!!!! Honda Hybrid PKF****. Berani ya memotong aku????

Panas aku dibuatnya. Sesuka hati mak dia ya main potong-potong ni. Awat tak pi depan terus?? Kalau aku terlanggar tadi, mesti salahkan aku pula ni.. Geramnya.. Kan lampu hijau dah bertukar merah. Kalau dah lambat, terima ja lah hakikat. Janganlah potong line. Ngok betul la PKF**** ni. Mujur tak langgar tadi tau!!! Adoi, apa punya orang. Aku pun lambat gak. 


Rabu, 2 Januari 2013

kalendar kuda 2013

Hari ni dah masuk hari ke-2 untuk tahun 2013.

Nak cerita kisah semalam. Semangat baru di awal tahun 2013. Kononnya nak bawa kalendar 2013 yang kecil pemberian mak aku untuk aku letak dekat atas meja ofisku. Malangnya, kalendar tu hilang. Yang ada kalendar yang besar. 

Hampanya aku, sedih tak terkata. Untuk mengubat kelukaan hatiku, akhirnya aku pun sibuklah semalam buat kalendar untuk tahun 2013.



Inilah meja aku berserabut dengan kertas-kertas yang nak dipotong mengikut saiz yang aku nak.


Akhirnya siaplah kalendar kuda 2013 aku.


ohh... kalendarku ni tidak bercolour. Tak pa lah, asalkan ada daripada tak ada.


Sampai ja rumah, mak aku bagi tahu aku Kak Yang aku bagi dekat aku kalendar kecil. Buka ja pintu bilik, suami aku pula siap susun lagi kalendar aku yang hilang tu atas katil bersama kalendar yang dia nak bagi dekat aku konon nak pujuk hati aku yang sedih pagi tu. Betapa aku sangat disayangi oleh ahli keluargaku. Semua mengambil berat walau pun hanya kerana kalendar kecil. Terima kasih sebab cuba dapatkan kalendar kecil untukku. Aku simpan semuanya di bilikku sebagai tanda terima kasih. Memang kalendar-kalendar tu sangat cantik, tapi aku dah ada kalendar 2013 yang kubuat khas untuk letak atas meja ofisku. Walau pun tak cantik, tapi aku dah laburkan duit untuk siapkan kalendar 2013 ku. HUHUHU.... 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...