background blog ni !!!!!!

Isnin, 31 Disember 2012

Dera ???




Siapa pula yang dera budak kecik Faris ni? Tercedera di mulut... Sakit ya sayang????

Tak ada siapa yang dera dia. Tengah mama dan ayah sibuk bersiap nak gi ofis, Faris pun sibuk main dekat tepi-tepi katil. Maka, Faris pun jatuh bersama-sama batal peluk yang ayah kepung Faris. Yang peliknya tersungkur atas bantal. Tapi boleh berdarah? Kesan calar atas bibir tu akibat puting. Tengok macam tak tajam pon puting tu. 

Walau macam mana pon, mama tetap rasa serba salah sayang. Mama sepatutnya letak Faris dekat bawah. Lepas ni mama akan jaga Faris baik-baik.


Ahad, 30 Disember 2012

Kelam kabut


Pagi ni kelam kabut aku mai ofis. Paan kena pergi Langkawi hari ni. Pukul 5.45 pagi tadi lagi Paan dah balik rumah dia minta ayah dia hantar ke Jeti Kuala Kedah. Aku bersiap-siap mai ofis pagi ni kelam kabut la. Tanpamu paan segalanya kelam kabut.

letak gambar lama, masa ni tengah mengandung dekat Faris.

Huuuu.. mengeluh panjang aku dibuat budak kecik Faris ni.
Apa taknya, si budak kecik Faris ni pagi tadi buat perangai dalam kereta. Asyik menangis dalam kereta... huuuuu..  Tak pernah nangis dalam kereta pagi-pagi. Pagi ni dia nangis... Adoi...
Hmmm.... gara-gara aku la si budak kecik ni nangis. Mama dia tak sempat susukan dia pagi ni. Sian dia, mama tak sempat la sayang.

ni muka budak kecik Faris kalau tak buat perangai la....


Mama jadi gelabah bawa kereta. Sian anak mama ni. Sampai ja Taska, mama terus susukan Faris. Cikgu-cikgu Faris pula hairan kenapa agaknya kita tak keluar kereta kan Faris??? Faris tengah minum la cikgu. Cikgu jangan lah kacau. Nanti Faris kenyang, kita masuk Taska ya. Harap ayah Faris tak jadi tidur dekat Langkawi malam ni... Kalau tak, mesti mama kelam kabut lagi pagi esok...huhuhu..


Rabu, 26 Disember 2012

Perpisahan


"Losyen tangan and perfume Mun pakai k.. Perfume buh jela dekat jaket bila busuk g cafe." huhuhu... Sayu sedih aku dapat sms dari sahabat ofisku Mimi...


Terima kasih banyak-banyak Mimi. Wangi sangat losyen and perfume cosway tu .... Mun terharu, sebak tau Mimi tinggal barang macam tu buat kenangan...

Walaupun baru kenal Mimi awal tahun 2010, tapi macam dah lama kenal. Dari jiran belakang sehinggalah Mun jadi jiran sebelah Mimi. Akhirnya kita terpisah buat selamanya dalam ofis ni...huuuuuuuuuuuuu...

Mimi, awat buat Mun sedih???? Mai ofis dah tak dak orang yang bernama Siti Aminah (Mimi). Sekarang dah tak ada Mimi dekat ofis ni dan tak leh nak gaduh2, marah, gosip2, dengar gelak tawa Mimi, semua dah tak ada...huuuuuuuuuuuu... sayuuuu... hanya tinggal kenangan... 



Buat sahabatku Mimi, hayati lirik lagu dekat bawah ni...

"Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan" - lirik lagu Brothers(Doa Perpisahan) 


Berat hati ini ditinggalkan Mimi. Sebagai sahabat dunia dan akhirat, Mun doakan Mimi sentiasa bahagia dan dimurahkan rezeki. Semoga persahabatan kita tidak bernokhtah di sini, sahabatku.. 


Ahad, 23 Disember 2012

Durian


Sebut ja DURIAN, ada yang sangat suka dan ada juga yang tak suka. Aku dan keluargaku memang sangat suka dengan buah ni. Sayangnya, pasanganku tak berapa suka durian. Tapi, dia tak kisah aku makan buah durian :-) itu yang best !!!!

Semalam kami sekeluarga breakfast makan durian bersama pulut, ENAK SANGAT !!!!
Entah kenapa aku sangat suka jika buah ni dimakan beramai-ramai, kalau sorang-sorang tak berapa best...
Pagi-pagi lagi kakak aku bangun awal-awal masak pulut durian, tapi malangnya kakak aku tak tahu kopek buah durian. hehehe...

Aku pun tak pandai juga, tapi tak salahkan mencuba..




Tengok gaya aku mengopek durian. Kulit buah durian ni liat. Aduh, susah betul nak buka.



Akhirnya, terkopeklah buah durian yang liat kulit ni. Susah benar nak kopek buah ni sebab memerlukan tenaga yang kuat. Sebenarnya bukan aku yang berjaya kopek pon buah durian yang ini.. Agak-agaknya tenaga siapa aku minta tolong???? HAHAHA... semestinya tenaga suami aku :-)  Yang itu ja yang dia tolong, sebab kulit liat, yang lain mudah ja aku kopek. Bangga diri pula aku ni... ish..ish..ish...




Jemput makan semua.. Mujur kakak aku beli. Terima kasih ya kakak. :-)

Khamis, 20 Disember 2012

Jemputan terakhir


19/12/2012 (Selasa). Lokasi jemputan kenduri kali ni ialah di Kuala Nerang. Kenduri rakan sekerjaku lagi iaitu Mohd Arnizan.  Selamat Pengantin Baru buat Mohd Arnizan dan Norshafina. Jemputan ni adalah jemputan kenduri yang terakhir aku dapat untuk tahun 2012.


 
Gambar ahli rombongan bersama pengantin.



senyum...senyum...  


suami aku dapat keris taming sari kah itu????

 Alhamdulillah dapat bunga telur. Syoknya. Kalau pergi kenduri, ini yang aku harapkan.hahaha... Terima kasih ya tuan rumah.

Episod kenduri 2012.. TAMAT... 



 







nak duit?????



Tajuk kali ni pasal duit. Berapa pentingnya duit pada anda semua????? 

Pada aku duit sangat penting.Walau satu sen pon, amat berharga. Setiap nilainya terlalu bermakna. Tipulah kalau ada orang tak perlukan duit dalam hidup. 

Kalau anda kata anda tidak kisah tidak ada duit. Anda pasti dengan jawapan anda?????Pasti?????
Jangan cakap saja, ingat senang duit tak ada. Sebab tu ada orang bekerja dan ada yang sanggup buat overtime la, part time la.. Kenapa???? Kerana semua barang dah naik harga. Kalau duit tak penting cik oi, tak kan ada yang sanggup mengemis di jalanan.



Kita materialistik kah? Masyarakat dulu bolehlah tak perlukan duit. Pasal dulu guna sistem barter. 


Tapi kalau dapat bonus, haish siapa tak qhenyeh sampai nampak gigi. Kakitangan kerajaan pula baru-baru ni dapat bonus. Semalam, aku beratur dekat mesin ATM. Panjang baris tu, nak ja aku tak jadi keluar duit sebab panjang sangat. Tak larat nak beratur. Sambil tengok gelagat orang keluarkan duit, tiba-tiba hati aku sakit tengok seorang pekerja kerajaan. Amboi, senyum sakan apabila tangannya menarik keluar segumpal duit dari mesin ATM. Agaknya dalam RM1k kot. Kenapa aku nak dengki dengan dia pula kan??? Tu rezeki dia, rezeki masing-masing la.

Selasa, 18 Disember 2012

kerana kueh


Ni cerita minggu sudah. 11 Disember 2012 (selasa). Ops.. lambat letak dalam blog. Biasalah kekadang rajin dan kekadang tu malas. 

Seperti biasa, aku dan suami akan ambil cuti separuh hari setiap kali bawa Faris pergi klinik desa.



Pukul 2.15 petang kami pun sampai klinik desa. Ok, jangan lupa ambil nombor.. Buat macam rumah sendiri.. 
hahaha...
 


Mungkin awal lagi untuk sesi petang. Tak nampak patient lain pon.  

Bagus ni, ada sudut menyusu. Taklah segan silu sangat kalau si Faris tu nak menyusu. Ada tempat khusus. 


Anak mama dah mula aktif dah ni. Mulalah nak main kerusi.


Ayah melayan Faris yang merangkak sana sini. Makin ramai dah memenuhi klinik ketika ini. Bukan apa, bimbang kalau sikap Faris kurang menyenangkan orang. Huhuhu...


Giliran Faris dah sampai, alamak!!!!!

Kenapa???? 
Huhuhu... Dia buat kueh..."uhuh".."uhuh".."uhuh"...

JM Faezah: Lambat lagi ke kak? Kita bagi orang lain dulu ya...

Huhuhu... Faris..Faris... kan kena tunggu giliran lagi... 





Isnin, 17 Disember 2012

jom join BLOGLIST JANUARI 2013 AYUINSYIRAH "


Assalamualaikum..

Kepada blogger sekalian jom join BLOGLIST JANUARI 2013 AYUINSYIRAH.




Caranya mudah saja. Hanya klik pada gambar di atas dan silalah baca cara-caranya ya :-). 


Ahad, 16 Disember 2012

nyum..nyum...

Padang Besar lagi!!!!


Tapi kali ni bukan pi shopping tapi pergi kali ni hanya untuk menghadiri jemputan kenduri rakan sekerjaku dekat Felda Rimba Mas.Setibanya kami di Felda Rimba Mas, hujan pun turun.


Buat Faeza dan suami, selamat pengantin baru.


 
Dok depan sekali dengan Faris... Jangan jealous orang belakang. 

Dapat juga bergambar bersama anakku dan suami tercinta setelah hujan berhenti...lalalala...

Singgah beli ais krim palet. Ayah Faris belikan mama ais krim palet yang ada kon, dekat ayah pula, ayah beli yang letak dalam cup. Lama dah tak makan ais krim palet. Ingat zaman kecil-kecil dulu....


Akhirnya ais krim paletku telah menjadi milik anakku. Comotnya anak mama makan ais krim. Mama dapat makan sikit ja. Faris makan banyak, kalau tak bagi mula lah Faris buat perangai. Besar dah anakku Faris. Dah pandai ya nak makan ais krim, ya?

Khamis, 13 Disember 2012

stress!!!


Hari ni aku nak kongsi tips tangani stress. 

Tips ni bukan aku yang punya, tapi aku ambil dari http://skpten.forumotion.net/t7-cara-tangani-stress-yang-betul

Aku memang akui aku ni seorang yang pemarah dah tu cepat stress. 

Salah siapa???


 
Tangani Stress

Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat tertekan. Ia dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Apabila keterlaluan, berpanjangan dan tidak mampu mengawalnya akan membawa kepada kemarahan.

Perkara yang harus dilakukan apabila marah:

1. Menyedari yang anda sedang marah dan katakan ‘Saya sedang marah..’


   Makcik Mun: Aku tengah marah (kata dalam hati kot no)

2. Bertenang..kira hingga 10, tarik nafas panjang dan mengucap.
   Kenal pasti kenapa anda marah.

Kenapa aku marah ??????


3. Cuba dengar penjelasan orang lain.
   Makcik Mun: Ok, bagi penjelasan. Nak dengaq ni..


4. Jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hati atau menghukum orang lain. 

   Makcik Mun:Kena bersabarlah ni?? Kalau dah sakit hati, boleh kah?


5.Beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan.
  
  Makcik Mun: kena mengalah lah ya???
              mengalah tidak beerti kalah, ok!!!

6. Membiasakan diri memaafkan dengan menerima bahawa manusia  juga melakukan kesalahan.


Makcik Mun: Memang susah, masa marah nak maafkan orang. Tapi bila hati dah sejuk, memang senang nak memaafkan orang. Tapi marahku tak berpanjangan. Tapi tulah, kata laki aku. Aku ni jenis cepat marah & cepat sejuk. Bagi orang lain, tak tahulah macam mana pandangan anda terhadap Makcik Mun ni...huhuhu....
               -----------||||||-----------
Boleh kah Makcik Mun???? Cuba jangan tak cuba, mana tau boleh kurangkan stress....

Isnin, 10 Disember 2012

cedera




Siannya anak mama...

Kenapa tokak Faris? Geram ke tengok dia? Siapa buat??? Budak besar mana???? 


Itulah persoalan yang bermain di fikiran aku. 

Redha dan moga-moga Allah sentiasa melindungi mu, nak.
 



Ahad, 9 Disember 2012

Sempadan

Jumaat petang yang lalu, kami ke mana agaknya. Haa... Cuba teka????
Arked niaga?? Dekat mana ya??
  
 jeng.....
                       jeng…             
                                               jeng..




 “Padang Besar”

Padang Besar ni terletak di Negeri Perlis. Merupakan sempadan di antara Malaysia dan Thailand. 



Apa yang seronok sangat ni dengan Padang Besar???? Nak tau??? Sebenarnya aku suka sangat tengok banyak barang yang depa jual dan yang paling penting boleh shopping sebab boleh dapat barang dengan harga yang  murah. Kawasan bebas cukai kata kan. Barang tiruan pon banyak dekat sini.

Jom tengok ada apa???

  
macam-macam ada...

pilih-pilih.... cantik-cantik belaka, sampai rambang mata


Apabila Faris merap Tok Wan & Tok Wan  melayan cucu



Sambil menunggu makanan, bincang apa agaknya anak beranak tu ya???



Akhirnya tak beli banyak mana pon. Ni barang-barang yang di pesan oleh kawan-kawan dekat ofis. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...