Ni cerita minggu sudah. 11 Disember 2012 (selasa). Ops.. lambat letak dalam blog. Biasalah kekadang rajin dan kekadang tu malas.
Seperti biasa, aku dan suami akan ambil cuti separuh hari setiap kali bawa Faris pergi klinik desa.
Pukul 2.15 petang kami pun sampai klinik desa. Ok, jangan lupa ambil nombor.. Buat macam rumah sendiri..
hahaha...
Mungkin awal lagi untuk sesi petang. Tak nampak patient lain pon.
Bagus ni, ada sudut menyusu. Taklah segan silu sangat kalau si Faris tu nak menyusu. Ada tempat khusus.
Anak mama dah mula aktif dah ni. Mulalah nak main kerusi.
Ayah melayan Faris yang merangkak sana sini. Makin ramai dah memenuhi klinik ketika ini. Bukan apa, bimbang kalau sikap Faris kurang menyenangkan orang. Huhuhu...
Giliran Faris dah sampai, alamak!!!!!
Kenapa????
Huhuhu... Dia buat kueh..."uhuh".."uhuh".."uhuh"...
JM Faezah: Lambat lagi ke kak? Kita bagi orang lain dulu ya...
Huhuhu... Faris..Faris... kan kena tunggu giliran lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan