Khamis, 20 Disember 2012
nak duit?????
Tajuk kali ni pasal duit. Berapa pentingnya duit pada anda semua?????
Pada aku duit sangat penting.Walau satu sen pon, amat berharga. Setiap nilainya terlalu bermakna. Tipulah kalau ada orang tak perlukan duit dalam hidup.
Kalau anda kata anda tidak kisah tidak ada duit. Anda pasti dengan jawapan anda?????Pasti?????
Jangan cakap saja, ingat senang duit tak ada. Sebab tu ada orang bekerja dan ada yang sanggup buat overtime la, part time la.. Kenapa???? Kerana semua barang dah naik harga. Kalau duit tak penting cik oi, tak kan ada yang sanggup mengemis di jalanan.
Kita materialistik kah? Masyarakat dulu bolehlah tak perlukan duit. Pasal dulu guna sistem barter.
Tapi kalau dapat bonus, haish siapa tak qhenyeh sampai nampak gigi. Kakitangan kerajaan pula baru-baru ni dapat bonus. Semalam, aku beratur dekat mesin ATM. Panjang baris tu, nak ja aku tak jadi keluar duit sebab panjang sangat. Tak larat nak beratur. Sambil tengok gelagat orang keluarkan duit, tiba-tiba hati aku sakit tengok seorang pekerja kerajaan. Amboi, senyum sakan apabila tangannya menarik keluar segumpal duit dari mesin ATM. Agaknya dalam RM1k kot. Kenapa aku nak dengki dengan dia pula kan??? Tu rezeki dia, rezeki masing-masing la.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan