background blog ni !!!!!!

Rabu, 20 Mac 2013

autolike & autofollowers Facebook


Pernah tengok gambar ni dekat facebook ?





Aku pun ada terlike juga untuk dapatkan banyak like dan follow aku punya facebook. Apa tujuannya kalau facebook aku ramai yang like and follow??? Hmmm... Aku sendiri pun tak jelas dengan benda ni. Tapi jari dah gatal, pergi klik. 

Apa yang jadi lepas klik 2 hingga 3 minit kemudian??? Rakan facebook aku bising. Gambar ni dah menyemak depa punya wall. Apa nak buat ni??? 

Aku terus REMOVE and unlike. Check notification... huhuhu.... banyaknya dia dah post dekat wall rakan-rakan facebook aku termasuk yang aku kenal dan tak kenal. Cuba delete sedaya mungkin dekat wall depa... 

Kalau yang tahu tujuan sebenar autolike and autofollowers ni terus kan jalah. Aku yang tak tahu menahu tujuan sebenar benda ni, dah buat aku cukup serik. Lepas ni kalau nak like ke apa, kena faham dulu tujuannya untuk apa. Jangan suka-suka. Pengajaran buat aku...




 

Isnin, 4 Mac 2013

Jualan Murah tudung Ariani!!!


Semalam adalah hari terakhir jualan murah tudung Ariani. Walaupun di saat-saat akhir, aku mengambil juga kesempatan itu.



Cuma ada 1 jam sebelum promosi akan berakhir, aku gagahi diriku juga sampai ke sini malam tadi. Rugi benar kalau aku melepaskan peluang ni.

Dalam tempoh yang singkat, sampai saja  di Galeri Ariani, mataku terus mencari-cari RM15, bukan tudung lagi tau :-) .

Aku cuma ada satu matlamat saja di sini, cuma membeli tudung yang berhaga RM15 sahaja.





  Dah beli, kesian Faris. Mengantok dah anak mama.Huh! buruk gila aku. Tudung lain, baju lain. Tengah-tengah malam berbaju kurung lagi.. HAHAHA..







 
 Ini sahaja bungkusan yang aku bawa balik






 Ini pula tudung yang aku beli. Bila dah balik, menyesal pula tak beli 4 helai. Menyesal dah tak berguna lagi. Promosi dah habis. Tunggu promosi akan datang pula lah ya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...