background blog ni !!!!!!

Jumaat, 7 Disember 2012

Jumpa siapa???


Sakit kepala masih berlarutan sampai ke malam. Tapi, aku gagah juga mengikut suami balik ke rumah mertua sekejap tadi di Anak Bukit, Kedah. Jumpa saudara mara mama mertuaku yang datang dari Johor.Depa baru sampai pagi tadi. 

Entah kenapa aku jadi blur2 nak memahami loghat depa. Apa taknya laju sangat depa cakap.Sampaikan depa terpaksa ulang ayat 2 kali.Harap2 depa x kata aku pekak sudah.Dah tu nak menjawab persoalan depa, aku jadi minah gagap.  Uhh.. malunya.

Makanan apa ni??? Nak tahu??? Ni la kuih lopes...




Mak cik (mak menakan suami aku) ni memang rajin. Kalau tak salah aku dah 64 tahun kot usia dia. Dia yang buat kuih lopes ni. Siap kirim lagi untuk kami bawa balik. Cara bungkusan kuih lopes ni memang lain dengan yang ada dekat kedah. Tapi rasa agak sama tapi struktur lebih padat macam ketupat daun palas. Esok pagi misi mencari buah nyiur (kelapa) makan dengan kuih lopes ni. Tadi dah rasa dekat rumah mertua, memang sedaplah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...