background blog ni !!!!!!

Isnin, 6 Mei 2013

PRU 13

Detik 5 Mei 2013, sudah pun berlalu. Sebagai rakyat Malaysia, inilah kali pertama yang sepatutnya kali kedua aku mengundi. Masa tahun 2008, bukan aku sengaja tidak menjalankan tanggung jawab aku sebagai rakyat Malaysia, tapi ketika itu keadaan tidak mengizinkan. Tiada sesiapa pon menaja tiket penerbangan untuk aku terbang balik dari Sabah ke Kedah. huhuhu...

Sejak berminggu-minggu lamanya aku memikirkan siapa harus aku undi. Tapi pada tanggal 5 Mei 2013 aku tidak boleh ragu-ragu lagi. Aku harus pilih siapa pilihan hatiku. Pagi-pagi dah bersiap. Aku bagi tau suami aku, kita naik motor sambil melihat suasana pilihan raya. Banyak bendera di tepi jalan. Begitu kreatif rakyat Malaysia. Dekat tempat aku, parti Pas hiasi helikopter ciptaan mereka dengan bendera Pas. Manakala Barisan Nasional(BN) menghiasi kereta kebal siap ada orang lagi dalamnya dengan bendera BN. Tak sempat ambil gambar. Memang cantiklah.

Isi minyak motor dulu dan angin tayar motor. Shell tetap menjadi pujaan hatiku.



 Di mana lokasi mengundi ni????
 
 
Di Sekolah Kebangsaan Alor Melintang lah tempat aku mengundi.


 

Sebelum mengundi inilah destinasi yang perlu aku singgah. 

Kenapa???
Ups.. kena datang sini dulu. Buat semakan dululah Makcik Mun oiii.


Jumpa dengan Kak Yang aku dekat sini. Kami bergambar sambil beratur bersama. Ramai sungguh orang, panas sangat cuaca. 
 


Alhamdulillah, urusan dah selesai. Buktinya....
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...