background blog ni !!!!!!

Selasa, 8 Ogos 2017

Anakku sudah 5 tahun

Faris dah 5 tahun



Dah lama tak menulis blog, Faris yang kecil dah besar dah. Anak mama ni suka sangat kartun yang lawan2. Ultraman, tobot, boboiboy, spiderman semua dia suka.




Mama pula kaki melayan beli mainan yang dia suka. Mak Tok dan ayah selalu tegur cara mama didik anak. Mungkin anak seorang saja, mama dapat melayan. Mama akan cuba mengubah cara didikkan mama terhadap anak mama. Mama akan cuba tidak menunaikan permintaan dia membeli mainan. Bukan senang menjadi seorang ibu dalam mendidik anak. Inilah cabaran. Cabaran menjadi ibu untuk menjadikan anaknya menjadi anak yang soleh juga bukan semudah memetik jari. Mama sendiri juga perlu berubah menjadi muslimah yang sebenar. HAA... tu dia dalam maksudnya. Doakan mama berubah supaya dapat menjadi penghuni syurga dan mama juga mendoakan anda yang membaca coretan mama ini juga sama-sama menjadi penghuni syurga. Amin ya rabbala'lamin.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...