background blog ni !!!!!!

Isnin, 3 Disember 2012

kenduri

Makan kenduri lagi.. Ceh, macamlah banyak dah kau menghadiri kenduri ya Makcik Mun. Pergi kenduri pun majlis dah habis... ish...ish.. teruk betul lah kan. Tapi, nak buat macam mana. Banyak sangat urusan kena buat hari tu. Tambah pula Alor Setar dengan Sungai Petani bukan dekat sangat. Hari tu pula kerja. Tapi aku kan sepupu yang baik, ambil cuti separuh hari ja yang mampu. Puji diri sendiri pula. Perasan yang lebih aku ni.

Malangnya dah lambat, tak dapat lah jumpa sepupu aku yang pengantin tu. Tak sempat juga nak jumpa sepupu baru tu. Katanya kerja dengan PTPTN. "PTPTN??" nada aku ketika mendengar si kakak pengantin bercerita ketika itu seperti beruk terkejut.HUH... dah terkejut tersemput... semput.... pula aku jadinya... almaklumlah aku dengan PTPTN ni masih ada ikatan gitu.... :-)hehe...

Aku difahamkan oleh bapa si pengantin, pengantin pergi outdoor photoshoot. lambat lagilah tu nak balik. Apa lagi, kami pun sibuk la bergambar atas pelamin. Cuba tengok gambar dekat bawah ni. Mesra kan ayah dan anak? Syukur dapat suami penyayang. Susah ooo... nak cari...hahaha..



Anak menakan aku pula... kalau bergambar nombor satu lah. Ish... jangan lah gerak sayang oi.. 


 

Tengok dah tak jelas dah gambar hampa. Almaklumlah  handphone Mak Su hampa ni murah ja. Pilih punya pilih, x ada gambar Along & Angah yang jelas pon. Ni ja yang ada. Dah janji dengan budak dua orang ni, nak letak gambar depa dalam blog, kena letak lah walaupun gambar tak jelas. Kawan Mak Su pakcik photoshop pon x dapat nak menolong sayang. Aik??? photoshop ada jantina???? haaa... jangan tak tau..EEEEEEE... Tapi janji ditepati ya anak-anak :-)


2 ulasan:

  1. Ada hutang dgn PTPTN ke Mun. Haaaa... kena setel cepat sebab ada org yg kenal dan jadi keluarga pulak tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eeee.. tu lah kak. harap2 Mun dapat langsaikan hutang PTPTN dengan cepat. huhuhu...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...