background blog ni !!!!!!

Khamis, 29 November 2012

Uit... selera aih

Saja nak kongsi salah satu makanan kegemaran Makcik Mun . Biasalah usia pun dah meningkat, Makcik Mun sekarang suka makanan selera orang tua-tua lah ya... Haaa... cuba teka hidangan apakah ini????



UBI KAYU REBUS + KELAPA PARUT....!!!!!!!

Makcik Mun sendiri pun tak tahu kenapa suka sangat makan ubi kayu bersama kelapa parut. Dekat Kafeteria Hospital Sultanah Bahiyah kerap juga jual makanan ni. Tempat lain jarang jumpa jual makanan macam ni. Menurut sumber blog "Masam Manis" yang Makcik Mun baca,ubi kayu mempunyai beberapa khasiat. Antaranya:


  • Ubi kayu merupakan sumber karbohidarat ketiga terbesar di dunia.
  • Ubi kayu juga mempunyai kandungan mineral seperti:
    - kalsium
    - serat diet
    - besi
    - manganese
    - fosforus
    - potasium
    - vitamin B6
    - vitamin C. 

Orang kata, belum cuba belum tau. So, sesiapa yang belum pernah cuba lagi makanan ni... silalah cuba ya... SEDAP TAU!!!!

5 ulasan:

  1. Kalau kakak suka ubi kayu rebus cecah dgn sambal tumis. Sekarang ni kan musim hujan kalau makan masa hujan laaaagi sedap.

    BalasPadam
  2. sedapnya ubi rebus dapat pekena dgn kopi pekat panas wowweeee mmg best!

    BalasPadam
  3. makcik mun kirim2 la ubi kayu tu ke sabah. nak rasa! :)

    BalasPadam
  4. sedap je nampak..Salam kenal Makcik Mun...:)
    singgah follow sini #14... dr segmen Papa Blogger

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...