background blog ni !!!!!!

Jumaat, 30 November 2012

Aduhai Domino...

Hari ini hari Jumaat. Orang Kedah cuti lah ya. Biasalah dah cuti ni, banyak lah masa bersama keluarga. Kelihatan suami Makcik Mun pada pagi ni membelek-belek kupon Domino's Pizza ja. Kenapa agaknya???? Jadi, Makcik Mun pun bertanyalah kepada dia. "Kenapa abang? Nak beli ka?" Lalu dia pun menjawab, "tengahari ni kita makan pizza la". Wow, idea yang menarik. Lagi pun Domino's Pizza ni, baru buka sangat dekat Alor Setar. Tambah pula Makcik Mun ni memang lah tak berapa rajin sangat masak memasak ni. So, bersiap lah kami untuk pergi ke salah sebuah Domino's Pizza di Alor Setar. 

Setibanya kami di sana, kami menggunakan kupon tersebut untuk mengorder. Sambil menunggu, kenalah layan kerenah anak kami si Faris ni... 




Siap sudah, boleh bawa balik... ambil gambar dulu sebelum makan... apa yang ada dalam set ni? 1 pizza, 1 cinnastix & 1 garlic cheese onion ring.  Jom makan!!!!!



Makcik Mun pun cubalah garlic cheese onion ring, nampak lazat... 

 
Uhhh.. tidakkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!  banyaknya bawang. huh.... bagi Makcik Mun yang sedap "garlic cheese onion ring" ni, kulitnya. Memang ranggup. Makcik Mun tak sanggup makan lagi. Biar suami Makcik Mun yang habiskan. Lagi pun dia memang suka makan bawang.Kalau masakan Makcik Mun ada bawang, itulah yang buat dia selera. Jadi, biarlah dia yang habiskan. 


Makcik Mun cuba pula "cinnastix". Kecewa lagi. Ada gula pula di atas.. huh... X mau dah... Nak makan pizza ja lah... 


Kami beli yang jenis "Aloha Chicken". Sedap sangat... Buat Makcik Mun teringin lagi nak makan.... Nanti kalau ke Domino's Pizza, ini ja yang Makcik Mun nak beli. Lain orang lain citarasa. Jadi jangan terpengaruhlah dengan pandangan Makcik Mun ya. 

Perut Makcik Mun terasa lapar kembali setelah 1 jam berlalu. Mana taknya. Saiz pizza yang kami beli tu, yang biasa punya. Tak kenyang. Nak juga makan NASI!!!! Nasi oh nasi.... datanglah cepat... Makcik Mun nak makan... Manalah dia reti mai sendiri... Huuu.... Kau kena rajin masak Makcik Mun... Mengalahlah Makcik Mun dengan kemalasan. Masaklah nasi putih dengan daging masak kunyit.

Alhamdulillah... kenyang. Terima kasih ya Allah kerana memberi rezeki untuk ku... 


2 ulasan:

  1. huhu da jnis perot nasi je....so mkn yg len tu tak le la nk slalu.....skali skala ok la yer cik mun......yummmmm tingt lg kita g mk berempat.....
    nti try classified chicken! yehaaa..........

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...