background blog ni !!!!!!

Rabu, 2 Januari 2013

kalendar kuda 2013

Hari ni dah masuk hari ke-2 untuk tahun 2013.

Nak cerita kisah semalam. Semangat baru di awal tahun 2013. Kononnya nak bawa kalendar 2013 yang kecil pemberian mak aku untuk aku letak dekat atas meja ofisku. Malangnya, kalendar tu hilang. Yang ada kalendar yang besar. 

Hampanya aku, sedih tak terkata. Untuk mengubat kelukaan hatiku, akhirnya aku pun sibuklah semalam buat kalendar untuk tahun 2013.



Inilah meja aku berserabut dengan kertas-kertas yang nak dipotong mengikut saiz yang aku nak.


Akhirnya siaplah kalendar kuda 2013 aku.


ohh... kalendarku ni tidak bercolour. Tak pa lah, asalkan ada daripada tak ada.


Sampai ja rumah, mak aku bagi tahu aku Kak Yang aku bagi dekat aku kalendar kecil. Buka ja pintu bilik, suami aku pula siap susun lagi kalendar aku yang hilang tu atas katil bersama kalendar yang dia nak bagi dekat aku konon nak pujuk hati aku yang sedih pagi tu. Betapa aku sangat disayangi oleh ahli keluargaku. Semua mengambil berat walau pun hanya kerana kalendar kecil. Terima kasih sebab cuba dapatkan kalendar kecil untukku. Aku simpan semuanya di bilikku sebagai tanda terima kasih. Memang kalendar-kalendar tu sangat cantik, tapi aku dah ada kalendar 2013 yang kubuat khas untuk letak atas meja ofisku. Walau pun tak cantik, tapi aku dah laburkan duit untuk siapkan kalendar 2013 ku. HUHUHU.... 








6 ulasan:

  1. ni bukan free...kos rm5 hokeyyyy

    BalasPadam
  2. heheh..calendar kecik, tp nilainya mahal tidak terkira kan mun..

    BalasPadam
  3. Kakak dapat kalendar baaanyak dari supplier, client, insurance, bank tapi kakak agih pada siapa yg mahu. Tiap tahun macam inilah. Nak buat sendiri malehlah kakak ni CikMun

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya ka? Kalau Kakak dapat kalendar lebih tahun depan, bagi lah dekat Mun :-)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...